BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, 5 August 2011

windOw ShoppiNg



haa, takkan asyik nak jalan kat tempat menarik je...
sekali-sekala perlu juga cuci mata di tempat-tempat membeli belah...
beli barang-barang yang cantik kat sana..tambahan pula, kalau pergi bersama orang tersayang..
tak kira lah samada orang itu adalah keluarga, kawan-kawan atau kekasih..huhu
ini juga akan memberikan satu kenangan indah...
korang akan ingat kembali kenangan itu apabila terpandangan barangan yang dibeli...

salah satu tempat untuk membeli belah yang terkenal ialah Sunway Pyramid..



Sunway Pyramid ialah sebuah mercu tanda berbentuk pusat beli-belah di pusat Petaling Jaya. Pusat beli-belah ini dibuka pada bulan Julai 1997 sebagai pusat beli-belah dan hiburan yang terulung di Malaysia. 
Salah satu daripada ciri-ciri rekabentuk yang paling mudah dicam ialah bentuk piramid berilhamkan Mesir Purba dengan patung singa besar yang 'menjaga' di pintu masuk. Keseluruhan bangunan dihiasi gaya monumen,dilengkapi dengan hieroglif palsu yang menghiasi muka bangunan, disertakan patung dan ukiran berupa firaun dan rakyat Mesir Purba. 

disini, korang juga berpeluang untuk bermain luncur ais..Sunway Pyramid juga merupakan antara sebilangan kecil pusat beli-belah yang dilengkapi dengan padang luncur ais.




Sunway Pyramid juga menyediakan tempat permainan seperti Sunway Lagoon. Sunway Lagoon menyediakan 5 jenis taman iaitu Extreme Park, Amusement Park, Water Park, WildLife Park dan Scream Park..oh ya, tentu korang dah tahu yang sekarang ini Bungy Jumping pun ada di sini kan???

hidupan yang diletakkan dalam WildLife Park

monyet albino
burung-burung Sunway Lagoon

korang juga boleh membeli keychain Sunway Lagoon untuk dijadikan sebagai kenangan...



Sunway Pyramid, Sunway Lagoon Pengalaman Menguja,
Tempat menarik untuk diri dan seisi keluarga,
Menjadi persinggahan yang digemari pelbagai usia,
Tarikan menarik, kelainan dicipta, tempat pelancongan destinasi popular sudah semestinya. 






         

0 comments: