BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, 3 August 2011

jOm terOkai gunuNg stOng..

korang tahu ke kat mane gunung stong nie???

Gunung Stong terletak di Dabong dalam daerah Kuala Krai, Kelantan. 

Terkenal sebagai puncak air terjun tertinggi di Asia Tenggara, Air terjun Jelawang di Gunung Stong pasti memukau sesiapa saja. Dengan ketinggian 303 meter, air terjun Jelawang setinggi tujuh tingkat di persisir banjaran Titiwangsa itu boleh dilihat dari jauh sehingga tidak berkelip mata memandang...

Air terjun Jelawang boleh dilihat dari jauh
       Air Terjun Jelawang boleh dilihat dari jauh.

bagi korang yang minat dengan aktiviti lasak, korang boleh meluncur di puncak air terjun itu dengan disajikan pemandangan flora dan fauna yang mempesona dan deruan air yang mengalir di celahan batu serta kedinginan air gunung bagaikan rawatan refleksologi.cuba bayangkan!!semestinya kenangan ini sukar dilupakan..keindahan ini juga dapat menghilangkan keletihan mendaki untuk sampai ke air terjun itu.
Gunung Stong meliputi kawasan lebih 61,734 hektar, taman ini kaya dengan pelbagai hidupan liar seperti gajah, harimau, beruang, monyet, burung dan serangga. Pelbagai spesies tumbuhan seperti bunga terbesar di dunia, rafflesia serta orkid liar turut menjadi tarikan.
Taman Hutan Negeri Stong


                                 Taman Hutan Negeri Stong
disini, korang juga boleh mendaki dan melakukan aktiviti merentas hutan. lokasi Gunung Stong dan ketinggian yang mencecah 1433 meter, sangat sesuai bagi melakukan aktiviti tersebut.
korang hanya akan dikenakan bayaran RM4 untuk memasuki Taman Negeri Stong. sebelum sampai ke puncak gunung, korang akan melalui beberapa puncak seperti Gunung Ayam, Gunung Saji dan Gunung Tara yang merupakan rangkaian gunung terbesar di Kelantan.
di puncak gunung, terdapat satu kem yang dinamakan Kem Baha.kem ini dijadikan tempat perhentian di puncak gunung. kem ini juga unik kerana ia adalah tempat pertembungan dua sungai dari Gunung Stong dan Gunung Ayam yang mana digelar sebagai 'ThE L@st WatErfall' oleh penduduk di sini. 

Perkelahan menyeronokkan


Air terjun yang mengasyikkan
video daripada youtube...

jadi, tunggu apa lagi???jom terokai Gunung Stong sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sekitarnya...


0 comments: