kali ini jom, kita ke kota A Famosa pulak..lepak-lepak sambil bercuti santai.bagi sesiapa yang sedang mencari lokasi percutian yang menarik di dalam negara sendiri iaitu, Malaysia dengan pakej percutian yang tersendiri dan bajet yang berpatutan bersama orang tersayang, maka ini adalah lokasi yang korang boleh pilih sebagai tempat untuk merehatkan minda korang....

Kota A Famosa yang bermaksud 'yang termashur' dalam bahasa Portugis ini telah dibina oleh Portugis selepas menawan Melaka pada tahun 1511..A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka iaitu bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul....ia juga merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.
kedudukan Kota A Famosa dikelilingi Pahlawan Mall dan Hotel Equatorial Melaka agak sukar untuk dicari kerana ketiadaan papan tanda. korang akan berpeluang mendaki anak tangga ke Bukit St Paul di belakang Pintu Gerbang Parta De Santiago..walaupun pendakian ini agak memenatkan, semua keletihan korang akan hilang sebaik melihat panorama Bandaraya Melakadari puncak bukit tersebut..
diambil daripada wikipedia..
diambil daripada wikipedia..


tempat ini pula dinamakan Kompleks Muzium Stadhuys..tempat ini dijadikan tempat penarik beca berkumpul untuk membawa pelancong ke Kota A Famosa dengan tambang RM 10.00 sahaja...sudah pasti korang akan terpegun melihatkan panorama di sekeliling tempat ini pada waktu siang dan malam yang sungguh cantik dan damai...
jadi, luangkanlah masa cuti korang di sini bersama orang yang korang sayang dan meninggalkan kenangan yang cukup indah dalam hidup....



0 comments:
Post a Comment